SEPTEMBER - DAUGHTRY
How the time passed away, all the trouble that we gave
And all those days we spent out by the lake
Has it all gone to waste? All the promises we made
One by one they vanish just the same
Of all the things I still remember
Summer's never looked the same
The years go by and time just seems to fly
But the memories remain
In the middle of September we'd still play out in the rain
Nothing to lose but everything to gain
Reflecting now on how things could've been
It was worth it in the end
Now it all seems so clear, there's nothing left to fear
So we made our way by finding what was real
Now the days are so long that summer's moving on
We reach for something that's already gone, yeah
Of all the things I still remember
Summer's never looked the same
The years go by and time just seems to fly
But the memories remain
In the middle of September we'd still play out in the rain
Nothing to lose but everything to gain
Reflecting now on how things could've been
It was worth it in the end
We knew we had to leave this town
But we never knew when and we never knew how
We would end up here the way we are
Yeah, we knew we had to leave this town
But we never knew when and we never knew how
Of all the things I still remember
Summer's never looked the same
The years go by and time just seems to fly
But the memories remain
In the middle of September we'd still play out in the rain
Nothing to lose but everything to gain
Reflecting now on how things could've been
It was worth it in the end
When Leaves Start To Fall
Khamis, 22 September 2011
Khamis, 15 September 2011
Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
logo AFTA
AFTA atau Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (ASEAN Free Trade Area) adalah perjanjian yang dibuat oleh Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk pengeluaran tempatan semua negara-negara yang terlibat.
Ketika perjanjian AFTA ditandatangani secara rasmi, ASEAN memiliki enam buah negara anggota iaitu, Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Vietnam bergabung pada 1995, Laos dan Myanmar pada 1997 dan Kemboja (Kampuchea) pada 1999. AFTA sekarang terdiri dari sepuluh buah negara ASEAN. Keempat-empat buah negara-negara anggota baru tersebut diwajibkan menandatangani perjanjian AFTA untuk menyertai ASEAN. Namun begitu, kelonggaran waktu telah diberi untuk memenuhi kewajiban pengurangan tarif AFTA.
Tujuan
Antara tujuan perjanjian AFTA dibuat adalah untuk meningkatkan daya saing ASEAN sebagai pangkalan pengeluaran dalam pasaran dunia melalui penghapusan halangan tarif dan bukan tarif dalam ASEAN. Selain itu, dengan wujudnya AFTA, ia mampu menarik pelaburan asing langsung ke ASEAN. Pada masa yang sama, pengguna dapat memperoleh barang dagangan dari pengeluar yang lebih cekap di ASEAN serta mewujudkan perdagangan intra-ASEAN. Seiring dengan peningkatan persaingan harga dalam industri-industri pembuatan dan saiz pasaran yang lebih besar, pelabur-pelabur dapat menikmati pengeluaran secara besar-besaran.Perlaksanaan
Menurut Deklarasi Singapura 1992 (28 Januari 1992), Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN ditubuhkan menggunakan Skim CEPT sebagai mekanisme utama mulai 1 Januari 1993 dengan tarif istimewa asas dari 0% hingga 5% dalam linkungan masa 15 tahun. Satu Majlis yang bertaraf kabinet juga ditubuhkan untuk mengawasi, menyelaras, dan meninjau perlaksanaan Perjanjian Skim CEPT untuk AFTA.
Pada 31 Januari 2003, perjanjian AFTA dan CEPT dipinda dalam perkara yang berkaitan dengan penghapusan duti-duti import. Antara perkara-perkara yang disentuh adalah:
- Duti import produk dalam Senarai-senarai Termasuk Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Philippines, Singapura, dan Thailand akan dihapuskan tidak lewat daripada 1 Januari 2010.
- Duti import produk dalam Senarai-senarai Termasuk Kemboja, Laos, Myanmar, dan Vietnam akan dihapuskan tidak lewat daripada 1 Januari 2015. Namun, penghapusan duti import bagi produk-produk sensitif dibenarkan tidak lewat daripada 1 Januari 2018.
PERANG DUNIA I
Perang Dunia I berlarutan antara 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918 dan bermula di Balkan.
Pada 28 Jun 1914, Archduke Franz Ferdinand dari Austria-Hungary bersama isterinya terbunuh di Sarajevo, Bosnia. Bosnia merupakan kawasan Austria yang dituntuti oleh Serbia, sebuah negara Balka yang kecil di mana pembunuhan tersebut telah dirancang. Dengan sokongan negara Jerman, Austria-Hungary memutuskan menghukum Serbia.
Austria-Hungary menyerang Serbia pada 28 Julai 1914. Rusia membuat penyediaan untuk menyokong Serbia dan diserang oleh Jerman. Negara Perancis pula menyokong Rusia dan Jerman juga menyerangnya. Untuk sampai di Paris dengan secepat mungkin, tentera Jerman menyerang Belgium, sebuah negara yang berkecuali. Britain kemudian menyerang Jerman.
Pada permulaannya, negara Jerman memenangi peperangan itu akan tetapi negara Perancis, Britain dan Rusia terus bertempur. Jerman, Austria-Hungary dan sekutunya digelarkan "Kuasa-kuasa Pusat" manakala negara-negara yang menentangi mereka digelarkan "Tentera Bersekutu". Sewaktu peperangan berlanjutan, negara-negara lain bercampur tangan. Hampir kesemuanya memihak dengan Tentera Bersekutu. Pada tahun 1915, Itali menyertai Tentera Bersekutu kerana ingin menguasai tanah Austria. Dan pada tahun 1917, Amerika Syarikatmemasuki peperangan memihak Tentera Bersekutu.
Sungguhpun Tentera Bersekutu amat kuat, negara Jerman kelihatan hampir-hampir memenangi peperangan itu. Selepas 1914, negara Jerman menguasai Luxemborg, kebanyakan Belgium, serta sebahagian daripada Perancis utara. Negara Jerman juga menang di Barisan Timur ketika usaha Rusia tergagal. Akan tetapi menjelang 1918, tentera Jerman telah mengalami keletihan. Bekalannya tidak mencukupi dan terdapatnya pergolakan sosial di dalam negara sendiri. Pada waktu yang sama, semakin ramai tentera Amerika Syarikat baru tiba untuk mengukuhkan Tentera Bersekutu. Pada musim panas 1918, tentera Amerika Syarikat membantu menentangi serangan Jerman yang terakhir di barat. Negara Jerman menurunkan tandatangan perjanjian gencatan senjata pada 11 November.
Di bawah Perjanjian Versailles yang ditandatangani selepas Perang Dunia I, negara Jerman menyerahkan tanah-tanah jajahan dan sebahagian daripada wilayahEropahnya. Poland diasaskan semula dan menerima Posen {sekarang digelarPoznani), sebahagian Silesia serta sebahagian Prussia Barat. Alsace dan bahagianLorraine yang dikuasai oleh Jerman dipulangkan kepada negara Perancis. Negara Perancis juga dapat menguasai kawasan Saar selama 15 tahun. Perjanjian ini juga meletakkan Rhineland di bawah pendudukan Tentera Bersekutu selama 15 tahun. Bilangan tentera Jerman dikecilkan tidak melebihi 100,000 askar serta dilarang mempunyai tentara udara. Jerman juga perlu membayar Tentera Bersekutu pampasan perang yang sungguh besar.
Dianggarkan terdapat 8.6 juta mangsa peperangan ketika Perang Dunia I. Pihak Bersekutu kehilangan 5.1 juta orang sementara Kuasa-kuasa Pusat 3.5 juta. Peperangan tersebut mengakibatkan kemusnahan besar kepada negara-negara yang terlibat dan dikenali sebagai "peperangan untuk mengakhiri semua peperangan" sehinggalah Perang Dunia II berlaku.
Punca Perang Dunia I
Perang Dunia I berlaku disebabkan oleh faktor politik dan ekonomi. Antara faktor politik termasuklah kemunculan nasionalisme dan sistem pakatan negara-negara Eropah, iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Faktor ekonomi pula melibatkan persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi.
Pada penghujung abad ke-19, negara-negara kecil di Eropah telah bersatu dan membentuk sebuah bangsa yang lebih besar, contohnya Jerman dan Itali. Kedua-dua negara ini menyertai kuasa besar Eropah yang lain seperti Britain, Perancis, Austria-Hungary dan Rusia dalam usaha mendapatkan tanah jajahan. Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa-kuasa besar ini sanggup berperang bagi membuktikan kekuasaan masing-masing. Menjelang penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, persaingan sengit berlaku di kalangan kuasa Eropah ini akibat Imperialisme Baru. Kuasa besar mula bersaing bagi membentuk lingkungan pengaruh masing-masing untuk mendapatkan bahan mentah serta untuk memasarkan barangan siap mereka.
Jumaat, 9 September 2011
Cikguku!! yg ku tabik spring!!
name : cg. shamsul hamri bin sulaiman
Sebab - sebab beliau ku hormati
1. pemikiran nya - dalam ramai2 manusia aku jumpa semua aku boleh baca pemikiran dan perwatakannya... tetapi beliau yg di atas ni memang seorang yang luar biasa pemikirannya hinggakan aku tabik giler beliau... aku sanjung giler beliau ni sebab byak hal yg dia tahu... byk yg dapat aku belajar.
2. wataknya yg best kelakar - beliau ni byk yg best dan kelakar... terbaik lah... satu lg byk dia tahu bab agama... haha aku ni yg slow bab agama... so byk la yg dapat aku belajar bila tanya beliau ni.... beliau ni sporting... haha
stakat tu je la aku mampu tulis... bkn aku ni rajin bab2 tulis... BM pom aku fail... hahaha P kepada yg mengenali beliau... beliau ni memeng terbaikk!!
Sebab - sebab beliau ku hormati
1. pemikiran nya - dalam ramai2 manusia aku jumpa semua aku boleh baca pemikiran dan perwatakannya... tetapi beliau yg di atas ni memang seorang yang luar biasa pemikirannya hinggakan aku tabik giler beliau... aku sanjung giler beliau ni sebab byak hal yg dia tahu... byk yg dapat aku belajar.
2. wataknya yg best kelakar - beliau ni byk yg best dan kelakar... terbaik lah... satu lg byk dia tahu bab agama... haha aku ni yg slow bab agama... so byk la yg dapat aku belajar bila tanya beliau ni.... beliau ni sporting... haha
stakat tu je la aku mampu tulis... bkn aku ni rajin bab2 tulis... BM pom aku fail... hahaha P kepada yg mengenali beliau... beliau ni memeng terbaikk!!
Its All About Batman

Wira perkasa Komik DC merupakan watak fiksyen yang pertama kali muncul dalam satu naskhah Komik Detektif pada bulan Mei 1939. Batman, bersama Superman di bawah label DC menjadi antara wira-wira komik terkenal di dunia. Batman direka olehBob Kane.
Nama sebenar Batman ialah Bruce Wayne, seorang jutawan dan ketua Wayne Industries, sebuah syarikat besar di kota Gotham, yang mempunyai zaman kanak-kanak yang penuh kegelapan, sewaktu ibu bapanya dibunuh di depan matanya sendiri.
Kemahiran dan Kebolehan
Tidak seperti wira komik yang lain seperti Superman, Batman tidak mempunyai kuasa super yang dihasilkan dalam badannya. Sebaliknya dia memperoleh kemahirannya yang menakjubkan itu melalui latihan yang amat getir. Komik-komik Batman selama ini tidak mejelaskan dengan terangnya bagaimana Bruce memperoleh kemahirannya.
Dalam filem Batman Begins, Bruce Wayne menyertai satu pertubuhan kongsi gelap pimpinan Ra's al Ghoul di pergunungan Himalaya dan di sinilah dia melatih seni mempertahankan diri yang luar biasa.
Pakaian
Rekabentuk Batsuit mengalami perubahan melalui zaman, namun sifat-sifat terpenting kostum ini dikekalkan, termasuk kain jubah scallop-hem, topeng yang melitupi kepalanya dan bertanduk seperti telinga kelawar, dan simbol kelawar pada dadanya.
Kelengkapan
Batmobile ialah kenderaan utama Batman yang berwarna hitam dan memecut pada kelajuan tinggi agar wira ini cepat sampai di tempat kejadian jenayah. Senjata utamanya batarang berasaskan alat boomerang yang berbentuk kelawar dilemparkan terhadap lawannya. Batman menyimpan kebanyakan kelengkapannya dalam tali pinggang utilitinya yang berwarna kuning, dan dikatakan menampung pelbagai senjata pembasmi jenayah dalam kuantiti seakan-akan tidak terhad.
Pembantu
- Robin, tidak dapat dinafikan, merupakan pembantu Batman terpenting. Terdapat lima orang remaja yang pernah memegang peranan Robin, iaitu Dick Grayson (yang kemudian menjadi Nightwing), Jason Todd (yang dibunuh oleh Joker), Tim Drake, Stephanie Brown dan Carrie Kelly.
- Alfred Pennyworth merupakan ketua pembantu rumah agam Wayne yang setia dan bagaikan bapa kepada tuannya.
- James "Jim" Gordon merupakan bekas pesuruhjaya polis Gotham dan bekerjasama dengan Batman secara rapat meskipun terdapat perbezaan dalam pendekatan mereka untuk membasmi jenayah.
Batman juga dibantu Superman dan ahli Justice League yang lain (hampir kesemua watak wira perkasa DC Comics) dalam kembara membasmi kejahatan di Bumi dan angkasa.
Musuh
- Joker seorang penjahat berupa badut yang dianggap oleh peminat Batman sebagai musuh tradisinya.
- Penguin atau Oswald Chesterfield Cobblepot seorang pendek dan gempal yang menggunakan pendekatan memperalatkan burung untuk menjalankan kerja jahatnya.
- Catwoman seorang penyamun berpakaian berbentuk kucing, yang digolongkan dalam tanda kelabu di antara yang baik dan yang jahat kerana adakalanya membantu Batman atau wira lain menumpaskan musuh lain.
- Riddler (Edward Nigma) gemar mempermainkan seluruh kota Gotham dengan mengeluarkan pelbagai teka-teki.
- Two-Face (Harvey Dent) terjejas sebelah mukanya akibat terkena bahan merbahaya.
- Mr Freeze (Victor Fries) menghuru-harakan kota Gotham dengan membeku dan menyejukkan seluruh kota tersebut.
- Poison Ivy (Dr. Pamela Lillian Isley) pula mengganggu ketenteraman Gotham dengan "menanam" tumbuh-tumbuhan gergasi yang buas dan mengancam.
Khamis, 8 September 2011
PERANG DUNIA II
Perang Dunia Kedua atau Perang Dunia II (PD2 atau PDII) ialah satu konfik sedunia yang memakan masa hampir selama enam tahun dan dianggarkan mengorbankan sejumlah 61 juta orang (tentera dan orang awam). Rusia mengalami jumlah kehilangan jiwa yang terbesar berbanding negara-negara lain dengan anggaran hampir 25 juta kematian, diikuti oleh China dengan 11 juta, dan Jermanseramai 7 juta.
Perang Dunia Kedua adalah peperangan yang paling meluas dan mengakibatkan paling banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden. Perang Dunia Kedua membabitkan kebanyakan negara dunia, dengan pertempuran di beberapa medan utama berlaku secara serentak, dan mengorbankan sekitar 50 juta nyawa. Peperangan Dunia II ini kebanyakan membabitkan Kuasa Bersekutu (perikatan negara-negara Komanwel, Perancis, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan China) serta Kuasa Paksi (perikatan negara-negara Jerman, Itali, dan Jepun). Kebanyakan pertempuran berlaku di Medan Eropah Perang Dunia Kedua medan Atlantik dan di sekitar Eropah, dan dalam Peperangan Pasifik medan Pasifik di Pasifik dan Asia Timur.
Perang Dunia Kedua mencatatkan sejarah penting apabila kuasa udara memainkan peranan utama buat pertama kalinya. Malah, operasi pertempuran pertama dalam Perang Dunia Kedua merupakan serangan bom Jerman terhadap Poland, sementara operasi pertempuran terakhir adalah serangan bom atom Amerika terhadapNagasaki. Peperangan ini juga melihat Amerika Syarikat keluar daripada dasar mengasingkan diri, kemusnahan dan kebangkitan semula Jerman dan Jepun sebagai kuasa industri utama, dan kemunculan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar dunia. Peperangan ini juga secara langsung membawa kepada penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang ditubuhkan oleh Kuasa Bersekutu yang menang agar pertelingkahan yang sebegitu besar dan menjahanamkan tidak akan berlaku lagi buat selama-lamanya.
Arah jam dari kiri-atas: Askar Komanwel di padang pasir; Orang awam China ditanam hidup-hidup oleh tentera Jepun; tentera Soviet semasa serangan pada musim sejuk; Kapal terbang Jepun di atas kapal pengangkut sedia untuk berlepas; tentera Soviet bertempur di Berlin; serangan ke atas kapal selam Jerman.
MONSUN
Monsun pada mulanya memaksudkan angin pembalik bermusim yang diiringi oleh perubahan musim dalam kerpasan, tetapi kini pula menyifatkan perubahan bermusim dalam peredaran atmosfera dan kerpasan. Sistem-sistem monsun utama di dunia terdiri daripada monsun Afrika Barat dan monsun Asia-Australia, tetapi mungkin juga termasuk sekali monsun Amerika Utara dan Amerika Selatan yang mengalami pembalikan angin yang tidak lengkap.
Perkataan monsun berasal daripada bahasa Portugis iaitu monção, yang terbit daripada perkataan Arab mawsim (موسم "musim"). Dari istilah Arab tersebut, terbitnya juga perkataanmausam (मौसम, موسم) dalam bahasa Hindi, Urdu dan bahasa-bahasa India Utara lain yang bermaksud "cuaca". Sebelum diperkenalkan dalam kosa kata bahasa Melayu, istilahmonsoon mula dipakai dalam bahasa Inggeris di India British (kini India, Bangladesh danPakistan) dan negara-negara jirannya untuk memaksudkan angin kencang bermusim yang bertiup dari Teluk Benggala dan Laut Arab di barat daya yang membawa hujan lebat ke situ. Dalam bidang hidrologi, dikira bahawa curahan hujan monsun berlaku di mana-mana kawasan yang menerima kebanyakan besar hujannya pada musim tertentu; oleh itu hujan monsun bukan sahaja turun di kawasan monsun bahkan juga tempat-tempat lain di dunia yang mengalami curahan hujan sedemikian (iaitu tidak dipastikan kewujudan sistem monsun)
PROSES
Monsun boleh dianggap sebagai bayu laut besar-besaran, disebabkan pemanasan bermusim, diikuti hasilnya iaitu timbulnya tekanan rendah terma yang melanda daratan kebenuaan, yang disebabkan oleh amplitud kitaran musim suhu daratan yang lebih besar berbanding lautan berdekatan. Pemanasan berbezaan ini berlaku kerana haba dalam lautan bercampur secara menegak melalui "lapisan bercampur" yang mungkin sedalam 50 meter, melalui tindakan gelora janaan angin dan keapungan, sedangkan permukaan darat perlahan pengaliran habanya, dengan penembusan isyarat bermusim yang lebih kurang sedalam semeter sahaja. Tambahan pula, muatan haba tentu air cecair jauh lebuh tinggi berbanding dengan bahan-bahan yang membentuk daratan. Faktor-faktor tersebut secara bersamanya bererti bahawa muatan haba lapisan yang terlibat dalam kitaran musim adalah lebih besar di atas lautan berbanding di atas daratan, dengan hasilnya iaitu udara di atas daratan lebih cepat memanas berbanding udara di atas lautan. Udara panas di atas daratan cenderung menaik, maka terjadinya kawasan tekanan rendah. Ini menjadikan angin mantap bertiup ke arah daratan, membawa bersamanya udara yang lembap dari dekat permukaan lautan. Curahan hujan seumpamanya terjadi daripada udara lembap dari lautan yang dinaikkan oleh gunung, pemanasan permukaan, penumpuan di permukaan, capahan di langit, ataupun aliran keluar hasil ribut pada permukaan.Walaupun begitu, apabila dinaikkan, udara menyejuk kerana tekanan rendah yang mengembang, lalu menyebabkan penyejatan.
Pada musim sejuk, daratan cepat menjadi sejuk, tetapi lautan pula lebih lama menyimpan haba. Udara sejuk di atas daratan menimbulkan kawasan tekanan tinggi yang menghasilkan bayu dari daratan ke lautan. Monsun adalah ibarat bayu laut dan darat, iaitu istilah yang biasanya memaksudkan kitaran peredaran harian berhampiran kawasan pantai setempat, itupun lebih besar, lebih kuat dan bermusim.
Semakin mendalam pemahaman monsum, semakin luasnya pengertian istilah monsun untuk merangkumi hampir semua fenomena yang dikaitkan dengan kitaran cuaca tahunan dalam kawasan tanah tropika dan hampir tropika di Bumi.
SISTEM MONSUN
Dengan semakin bertambahnya pengetahuan mengenai monsun, definisi "monsun" telah melebar, dan kini termasuk segala fenomena yang berkaitan dengan siklus cuaca tahunan di benua Asia, Australasia, dan Afrika yang tropika dan subtropika serta lautan dan samudera di wilayah-wilayah tersebut. Di daerah-daerah inilah siklus-siklus peristiwa cuaca yang paling hebat dan dramatik di Bumi terjadi.
Selain itu, sistem Monsun juga diketahui selalunya terjadi saat pembentukan benua-benua raksasa seperti Pangea bersama dengan cuaca kontinental yang ekstrim.
IBRAHIM ADHAM, RAJA YANG ZUHUD
Ibrahim bin Adham atau nama asalnya ialah Abu Ishak Ibrahim bin Adham dilahirkan daripada keluarga bangsawan Arab yang kaya raya. Beliau terkenal sebagai seorang raja Balkh yang sangat luas wilayah kekuasaannya. Ke mana saja pergi, beliau akan diiringi empat puluh bilah pedang emas dan empat batang tongkat kebesaran emas diusung di depan dan belakangnya. Nama beliau berada dalam tinta sejarah daripada seorang raja yang masyhur kepada ahli sufi yang terkenal.
Bermulanya perubahan kehidupan Ibrahim bin Adham apabila pada suatu malam ketika baginda tertidur di bilik istananya, langit-langit di biliknya bergerak seolah-olah ada seseorang yang sedang berjalan di atas atap. Ibrahim terjaga dan berseru: “Siapakah itu?”
“Saya adalah seorang sahabat, untaku hilang, aku sedang mencarinya di atas atap ini.” Terdengar sahutan dari atas.
“Bodoh, tidak ada orang mencari unta di atas atap!” Ibrahim menengkingnya.
“Wahai manusia yang lalai, apakah engkau hendak mencari Allah Subhanahu wata’ala dengan berpakaian sutera dan tidur di alas tilam emas?” Jawab suara itu penuh simbolik.
Kata-kata ini sangat menggetarkan hati Ibrahim. Ia sangat gelisah dan tidak dapat meneruskan tidurnya sehingga pagi. Seperti kebiasaannya, di sebelah siang Ibrahim berada di atas singgahsananya untuk mendengar pengaduan dan masalah rakyat jelata. Tetapi hari itu keadaannya berlainan, dirinya gelisah dan banyak termenung.
Para menteri, pembesar istana dan rakyat yang hadir merasa hairan melihat perubahan yang terjadi dengan tiba-tiba kepada raja mereka.
Tiba-tiba masuk seorang lelaki berwajah menakutkan ke dalam ruangan perjumpaan itu. Tidak seorangpun di antara askar dan pengawal istana yang berani menanyakan sesuatu dan menghalangnya masuk. Kejadian berlaku begitu pantas, semua lidah menjadi kelu. Lelaki itu melangkah ke depan Ibrahim Adham.
“Apakah yang engkau inginkan daripada aku?” Tanya Ibrahim.
“Aku baru sahaja sampai, bagilah aku rehat dulu”, jawab lelaki itu.
“Ini bukan tempat persinggahan kafilah. Ini istanaku. Lagak engkau seperti orang gila saja!” Ibrahim menengking.
“Siapa pemilik sebenar istana ini sebelum engkau?” Tanya lelaki itu.
“Ayahku!” Jawab Ibrahim pendek.
“Sebelum ayahmu?”
“Datukku!”
“Sebelum dia?”
“Datuk kepada datuk-datukku!”
“Ke manakah mereka sekarang ini?“ Tanya lelaki itu.
“Mereka telah meninggalkan dunia ini”, jawab Ibrahim.
“Jika demikian, tidakkah ini sebuah persinggahan yang diduduki oleh seseorang kemudian ditinggalkannya dan diganti oleh yang lain pula?” Kata lelaki itu.
Tersentak juga hati Ibrahim mendengar kata-kata lelaki itu. Belum sempat Ibrahim menjawab, lelaki itu mengundur ke belakang dan tiba-tiba ghaib di tengah orang ramai. Banyak para alim ulama membuat tafsiran sesungguhnya lelaki itu adalah Nabi Khidhir ‘Alaihissalam yang sengaja datang mengetuk hati raja Ibrahim bin Adham yang semakin lalai dengan tipu daya dunia.
Kegelisahan Ibrahim semakin menjadi-jadi sejak kejadian tersebut. Ia dihantui oleh bayangan dan suara lelaki itu sejak peristiwa di istananya. Akhirnya kerana tidak tahan lagi Ibrahim memerintah pengawalnya: “Persiapkan kudaku yang terbaik! Aku hendak pergi berburu. Ya, Allah! Bilakah semua ini akan berakhir?”
Ibrahim bin Adham dan rombongan terus merentasi padang pasir yang luas saujana mata memandangnya. Baginda memacu kudanya begitu laju sehingga akhirnya terpisah dengan rombongan tersebut. Dalam mencari jalan keluar baginda terlihat seekor rusa. Tiba-tiba Ibrahim ghairah hendak memburu rusa itu. Belum sempat berbuat apa-apa rusa itu berkata kepadanya: “Wahai manusia yang lalai, aku disuruh oleh Allah Subhanahu wata’ala memburumu. Engkau tidak dapat menangkapku. Bertaubatlah, untuk inikah engkau diciptakanNya?”
Ibrahim yang di dalam ketakutan itu tiba-tiba terkejut dengan kata-kata itu. Baginda langsung tidak terfikir selama ini untuk apa baginda dicipta ke dunia. Sekarang keyakinan serta keimanannya telah tertanam di dalam dadanya. Seluruh pakaian dan tubuh kudanya basah oleh cucuran air mata penyesalannya selama ini. Dengan sepenuh hati Ibrahim bertaubat kepada Allah Subhanahu wata’ala. Dalam keadaan panas terik itu, baginda meninggalkan kudanya dengan berjalan kaki yang akhirnya baginda bertemu dengan seorang penggembala yang sedang menjaga sekumpulan kambing-kambingnya.
Tiba-tiba Ibrahim meminta keizinan untuk menyerahkan bajunya yang bersulam emas serta topinya yang bertatahkan batu-batu permata yang sangat mahal harganya. Sebaliknya baginda mengenakan pakaian dan topi gembala itu yang diperbuat daripada kulit dan bulu kambing. Gembala kambing itu melihat kelakuan Ibrahim itu dengan penuh kehairanan. Semua malaikat menyaksikan perbuatan Ibrahim itu dengan penuh kekaguman sehingga salah satu malaikat berkata: “Lihat, betapa megahnya kerajaan yang diterima putera Adham sebelum ini, akhirnya telah mencampakkan pakaian dunia yang kotor dan menggantinya dengan jubah kesedaran.”
Dengan berjalan kaki Ibrahim mengembara merentasi gunung dan menyusuri padang pasir yang luas sambil menginsafi dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Akhirnya sampailah baginda di sebuah gua. Ibrahim yang dulunya seorang raja yang hebat akhirnya menyendiri dan berkhalwat di dalam gua selama sembilan tahun. Selama di dalam gua itulah Ibrahim betul-betul mengabdikan dirinya kepada Allah Subhanahu wata’ala. Setiap hari Khamis baginda ke pekan bernama Nishapun untuk menjual kayu api. Setelah sembahyang Jumaat baginda pergi membeli roti dengan wang yang diperolehinya. Roti itu separuh diberikan kepada pengemis dan separuh lagi untuk berbuka puasa. Demikianlah yang dilakukannya setiap minggu.
Akhirnya baginda mengambil keputusan keluar dari gua tersebut untuk merantau lagi merentasi padang pasir yang terbentang luas itu. Baginda tidak tahu lagi ke mana hendak ditujui. Setiap kali baginda berhenti di sebuah perkampungan, baginda kumpulkan orang-orang setempat untuk memberitahu betapa kebesaran Allah terhadap hambaNya dan azab yang akan diterima oleh sesiapa yang mengingkarinya. Justeru itu banyaklah orang yang akrab dengannya dan ada yang menjadi muridnya. Baginda mengharungi padang pasir itu empat belas tahun lamanya. Selama itu pula baginda berdoa dan merendahkan dirinya serta tawaddhu’ kepada Allah Subhanahu wata’ala. Nama Ibrahim pula mula disebut-sebut orang; dari seorang raja berubah menjadi seorang ahli sufi yang merendah diri.
Pernah dalam perjalanannya baginda diuji. Disebabkan kewara’an baginda itu ada seorang kaya datang menemuinya untuk mengambil tabarruk ke atas baginda dengan memberi wang yang sangat banyak kepada Ibrahim. “Terimalah wang ini, semoga berkah”, katanya kepada Ibrahim.
“Aku tidak mahu menerima sesuatupun daripada pengemis”, jawab Ibrahim.
“Tetapi aku adalah seorang yang kaya”, pintas orang kaya orang itu.
“Apakah engkau masih menginginkan kekayaan yang lebih besar daripada apa yang telah engkau miliki sekarang ini?” tanya Ibrahim.
“Ya, kenapa tidak?” Jawabnya ringkas.
“Simpanlah wang ini kembali, bagi aku, engkau adalah ketua para pengemis di sini. Bahkan engkau bukan seorang pengemis lagi tetapi seorang yang sangat miskin dan meminta-minta.” Tegur Ibrahim.
Kata-kata Ibrahim itu membuatkan orang kaya itu tersentak seketika. Penolakan pemberiannya oleh Ibrahim disertai dengan kata-kata yang sinis lagi pedas itu turut meninggalkan kesan yang mendalam kepada dirinya. Dengan peristiwa tersebut orang kaya itu bersyukur kepada Allah kerana pertemuan dengan Ibrahim itu membuatkan dirinya sedar akan tipu daya dunia ini. Beliau lalai dengan nafsu yang tidak pernah cukup daripada apa yang perolehinya selama ini.
Suatu ketika sedang Ibrahim bin Adham menjahit jubah buruknya di tepi sungai Tirgis baginda ditanya oleh sahabatnya: “Engkau telah meninggalkan kemewahan kerajaan yang besar. Tetapi apakah yang engkau telah perolehi sebagai imbalannya?”
Disebabkan soalan yang tidak disangka-sangka itu keluar dari mulut sahabatnya sendiri maka dengan tiba-tiba jarum di tangannya terjatuh ke dalam sungai itu.
Sambil menunjukkan jarinya ke sungai itu Ibrahim berkata, “Kembalikanlah jarumku!”
Tiba-tiba seribu ekor ikan mendongakkan kepalanya ke permukaan air. Masing-masing ikan itu membawa sebatang jarum emas di mulutnya.
Ibrahim berkata: “Aku inginkan jarumku sendiri.”
Seekor ikan kecil yang lemah datang menghantarkan jarum besi kepunyaan Ibrahim di mulutnya.
“Jarum ini adalah salah satu di antara imbalan-imbalan yang ku perolehi, kerana meninggalkan kerajaan Balkh. Sedangkan yang lainnya belum tentu untuk kita, semoga engkau mengerti.” Kata Ibrahim Adham dengan penuh kiasan.
Begitulah kehidupan seorang raja Balkh yang bernama Ibrahim bin Adham yang luas pemerintahannya dan hidup di dalam kemewahan, tetapi akhirnya berkelana menjadi ahli sufi yang terkenal. Baginda menemui Allah Subhanahu wata’ala pada tahun 165H/782M di negeri Persia. Taubat Ibrahim itu merupakan sebuah kisah yang sangat unik bagi umat Islam yang merintis kehidupan yang penuh dengan tipu daya di dunia ini. Wallahu ‘alam.
Dipetik dari Tazkirat al-Aulia karangan Farid ad-Din Attar, Mukhtashar ar-Raudah ar-Rauyyahin Fi Manaqib as-Salihin karangan Abu Mazaya al-Hafi
MUSIM LURUH
Musim Luruh atau Musim Gugur (bahasa Inggeris: autumn) adalah salah satu dari empat musim di daerah beriklim serdahana. Musim ini adalah musim peralihan dari musim panas ke musim sejuk.
Dalam zon berhawa sedang, musim luruh adalah musim di mana kebanyakkan tumbuhan ditunai, dan pokok-pokok deciduous menggugurkan daun-daun mereka. Ia juga merupakan musim di mana hari siang bertambah pendek dan bercuaca dingin (terutama di latitud utara), dan peningkatan presipitasi di beberapa bagian dunia.
Secara astronomi, ia bermula dengan ekuinoks (sekitar 23 September di belahan Utara, dan 21 Mac dibelahan Selatan, dan berakhir pada solstis musim dingin (sekitar 21 Disember) di belahan Utara dan 21 Jundi belahan Selatan). Namun, meteorologis menghitung bulan-bulan Mac, April, dan Mei di belahan Selatan, dan September, Oktober, dan November di belahan Utara sebagai Musim Luruh. Suatu pengecualian definisi ini ditemukan di Kalendar Ireland di mana mereka masih mengikuti putaran Celtic, di mana musim gugur dihitung dari bulan-bulan Ogos, September, dan Oktober.
Meskipun hari-hari mulai memendek di bulan Julai atau Ogos di latitud utara dan dalam bulan Januari dan Februari de selatan, biasanya pada September atau Mac matahari terbenam cepat sangat jelas.
Dikebanyakkan negara musim semi merupakan awal dari tahun sekolah, kerana mereka biasanya mulai pada awal September atau awal Mac tergantung dari latitud.
Warna-warna musim gugur di Westonbirt Arboretum, Gloucestershire, England.
Rabu, 7 September 2011
Napoleon
Perang Napoleon ialah satu siri konflik yang diisytiharkan terhadap Empayar Perancis Pertama Napoleon dengan beberapa set pertukaran negara bersekutuEropah oleh penentang kerajaan campuran yang berlangsung dari tahun 1803 sehingga 1815. Peperangan yang berterusan dalam siri Napoleon adalah disebabkan oleh Revolusi Perancis pada tahun 1789, yang telah menyebabkan Perancis merevolusikan tentera Eropah dengan skala yang sangat besar yang tidak pernah berlaku sebelumnya, disebabkan oleh permodenan terhadap kerahan tentera secara besar-besaran yang digunapakai oleh Empayar Perancis. Kuasa serta pengaruhPerancis berkembang dengan cepat sekali, dengan menakluk sebahagian besar Eropah dan kemudian kuasanya merosot dengan mendadak selepas pihak Perancis dilanda serangan oleh Rusia pada tahun 1812. Empayar Napoleon akhirnya mengalami kekalahan yang teruk yang membawa kepada pengembalian semula raja Bourbon di Perancis. Siri peperangan ini menyebabkan berakhirnya Empayar Suci Rom. Dalam masa yang sama, Empayar Sepanyol mula berkembang semula selepas penguasaan Perancis ke atas wilayah jajahannya di Sepanyol mula lemah, memberi peluang kepada revolusi pejuang kebebasan di Amerika Latin untuk bebas daripada cengkaman pihak Perancis. Hasil daripada perang Napoleon, Empayar British pula yang menjadi kuasa yang paling kuat pada abad yang seterusnya.
Tiada kata sepakat yang pernah wujud bila Perang Revolusi Perancis berakhir dan Perang Napoleon tercetus. Antara peristiwa-peristiwa penting semasa era Perang Napoleon tercetus termasuklah 9 November 1799, iaitu apabila Napoleon Bonaparte merampas kuasa di Perancis bersama-sama 18 Brumaire; 18 Mei 1803, apabila pengisytiharan baharu peperangan antara pihak Britain dan Perancis yang membawa kepada zaman akhir keamanan di Eropah antara tahun 1792 dan 1814; dan 2 Disember 1804, apabila Bonaparte menjadi seorang Maharaja.
Siri Peperangan Napoleon berakhir dengan kekalahan Napoleon di Waterloo pada 18 Jun 1815 dan Perjanjian Kedua Paris.
Latar belakang 1789-1802
Revolusi Perancis tahun 1789 memberikan impak yang besar sekali kepada Eropah, dimana impak ini meningkat lagi dengan penahan Raja Perancis Louis XVI pada tahun 1792 dan hukuman yang dijatuhkan keatasnya akibat daripada “jenayah tirani” yang dilakukannya terhadap penduduk Perancis pada Januari 1793. Cubaan pertama bagi menghancurkan Republik Perancis bermula pada tahun 1793 apabila Austria,Kerajaan Sardinia, Kerajaan Naples, Jerman, Spain dan Kerajaan Britain yang bersatu membentuk Pertelingkahan Pertama. Langkah yang diambil oleh pihak Perancis seperti perlaksanaan tentera sukarelawan secara besar-besaran, pembentukkan semula tentera beberapa siri peperangan menyumbang kepada kekalahan pihak Perancis dalam Pertelingkahan Pertama. Peperangan berakhir apabila Bonarparte memaksa orang-orang Austria menerima terma yang ditetapkannya dalam Perjanjian Campo Formio. Hanya Kerajaan Britain sahaja kekal sehingga tahun 1797 yang benci kepada kuasa Perancis.


Gambar Atas: Pertempuran Abukir
Langgan:
Catatan (Atom)