Monsun pada mulanya memaksudkan angin pembalik bermusim yang diiringi oleh perubahan musim dalam kerpasan, tetapi kini pula menyifatkan perubahan bermusim dalam peredaran atmosfera dan kerpasan. Sistem-sistem monsun utama di dunia terdiri daripada monsun Afrika Barat dan monsun Asia-Australia, tetapi mungkin juga termasuk sekali monsun Amerika Utara dan Amerika Selatan yang mengalami pembalikan angin yang tidak lengkap.
Perkataan monsun berasal daripada bahasa Portugis iaitu monção, yang terbit daripada perkataan Arab mawsim (موسم "musim"). Dari istilah Arab tersebut, terbitnya juga perkataanmausam (मौसम, موسم) dalam bahasa Hindi, Urdu dan bahasa-bahasa India Utara lain yang bermaksud "cuaca". Sebelum diperkenalkan dalam kosa kata bahasa Melayu, istilahmonsoon mula dipakai dalam bahasa Inggeris di India British (kini India, Bangladesh danPakistan) dan negara-negara jirannya untuk memaksudkan angin kencang bermusim yang bertiup dari Teluk Benggala dan Laut Arab di barat daya yang membawa hujan lebat ke situ. Dalam bidang hidrologi, dikira bahawa curahan hujan monsun berlaku di mana-mana kawasan yang menerima kebanyakan besar hujannya pada musim tertentu; oleh itu hujan monsun bukan sahaja turun di kawasan monsun bahkan juga tempat-tempat lain di dunia yang mengalami curahan hujan sedemikian (iaitu tidak dipastikan kewujudan sistem monsun)
PROSES
Monsun boleh dianggap sebagai bayu laut besar-besaran, disebabkan pemanasan bermusim, diikuti hasilnya iaitu timbulnya tekanan rendah terma yang melanda daratan kebenuaan, yang disebabkan oleh amplitud kitaran musim suhu daratan yang lebih besar berbanding lautan berdekatan. Pemanasan berbezaan ini berlaku kerana haba dalam lautan bercampur secara menegak melalui "lapisan bercampur" yang mungkin sedalam 50 meter, melalui tindakan gelora janaan angin dan keapungan, sedangkan permukaan darat perlahan pengaliran habanya, dengan penembusan isyarat bermusim yang lebih kurang sedalam semeter sahaja. Tambahan pula, muatan haba tentu air cecair jauh lebuh tinggi berbanding dengan bahan-bahan yang membentuk daratan. Faktor-faktor tersebut secara bersamanya bererti bahawa muatan haba lapisan yang terlibat dalam kitaran musim adalah lebih besar di atas lautan berbanding di atas daratan, dengan hasilnya iaitu udara di atas daratan lebih cepat memanas berbanding udara di atas lautan. Udara panas di atas daratan cenderung menaik, maka terjadinya kawasan tekanan rendah. Ini menjadikan angin mantap bertiup ke arah daratan, membawa bersamanya udara yang lembap dari dekat permukaan lautan. Curahan hujan seumpamanya terjadi daripada udara lembap dari lautan yang dinaikkan oleh gunung, pemanasan permukaan, penumpuan di permukaan, capahan di langit, ataupun aliran keluar hasil ribut pada permukaan.Walaupun begitu, apabila dinaikkan, udara menyejuk kerana tekanan rendah yang mengembang, lalu menyebabkan penyejatan.
Pada musim sejuk, daratan cepat menjadi sejuk, tetapi lautan pula lebih lama menyimpan haba. Udara sejuk di atas daratan menimbulkan kawasan tekanan tinggi yang menghasilkan bayu dari daratan ke lautan. Monsun adalah ibarat bayu laut dan darat, iaitu istilah yang biasanya memaksudkan kitaran peredaran harian berhampiran kawasan pantai setempat, itupun lebih besar, lebih kuat dan bermusim.
Semakin mendalam pemahaman monsum, semakin luasnya pengertian istilah monsun untuk merangkumi hampir semua fenomena yang dikaitkan dengan kitaran cuaca tahunan dalam kawasan tanah tropika dan hampir tropika di Bumi.
SISTEM MONSUN
Dengan semakin bertambahnya pengetahuan mengenai monsun, definisi "monsun" telah melebar, dan kini termasuk segala fenomena yang berkaitan dengan siklus cuaca tahunan di benua Asia, Australasia, dan Afrika yang tropika dan subtropika serta lautan dan samudera di wilayah-wilayah tersebut. Di daerah-daerah inilah siklus-siklus peristiwa cuaca yang paling hebat dan dramatik di Bumi terjadi.
Selain itu, sistem Monsun juga diketahui selalunya terjadi saat pembentukan benua-benua raksasa seperti Pangea bersama dengan cuaca kontinental yang ekstrim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan